fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza

Foto AFP

KEREM SHALOM, 24 Oktober - Sekumpulan penunjuk perasaan Israel berkumpul berhampiran lintasan sempadan Kerem Shalom pada Jumaat dalam usaha menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Seorang daripada penunjuk perasaan yang turut menyekat jalan raya berkata, mereka berbuat demikian kerana menuduh pejuang Hamas melanggar syarat gencatan senjata.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis menyatakan bahawa jumlah bantuan yang tiba di Gaza hanya sebahagian kecil bagi menampung keperluan rakyat di wilayah berkenaan, ketika agensi itu berusaha membina semula sistem penjagaan kesihatan di wilayah berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, walaupun penghantaran bantuan semakin meningkat, usaha membina semula infrastruktur kesihatan Gaza dijangka menelan kos sekurang-kurangnya AS$7 bilion.

WHO turut memaklumkan bahawa walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam bekalan makanan sepanjang tempoh gencatan senjata, lebih 600,000 penduduk Gaza masih berdepan kekurangan makanan pada tahap kritikal dan memerlukan bantuan segera.

Konflik antara Israel dan Hamas yang berlarutan selama dua tahun kini berada dalam tempoh gencata senjata hasil perjanjian yang diusahakan Amerika Syarikat.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, lebih 67,000 orang dilaporkan terkorban di Gaza, dengan hampir satu pertiga mangsa terdiri daripada kanak-kanak.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN