fb fb fb fb fb

Penipuan internet: Rakyat Malaysia dipenjara oleh Mahkamah Nigeria

EFCC berkata geng asing merekrut rakan sejenayah Nigeria untuk mencari mangsa dalam talian melalui penipuan pancingan data /

LAGOS, 31 Mei,  Seorang rakyat Malaysia antara 15 warga Asia yang dipenjara oleh Mahkamah Nigeria atas kesalahan kegasanan siber dan penipuan di Internet.

Menurut agensi anti-rasuah kebangsaan Nigeria,ia merupakan salah satu kes terbesar seumpamanya dilaporkan di negara itu.

Warga lain termasuk 11 rakyat Filipina, dua warga China dan seorang warga Indonesia .

Kesemua mereka dihukum penjara setahun dan didenda 1 juta naira setiap seorang di ibu kota komersial, Lagos, selepas mengaku bersalah, kata jurucakap Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC), Dele Oyewale.

Mereka dituduh merekrut warga Nigeria muda untuk "pencurian identiti dan menganggap diri mereka sebagai warganegara asing".

"Hakim juga memerintahkan peranti yang diperoleh daripada banduan dilucuthakkan kepada kerajaan persekutuan Nigeria," kata Oyewale.

Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, dibebani dengan reputasi penipu internet dikenali sebagai "Yahoo Boys".

Pada Disember lalu, EFCC menahan 792 suspek dalam satu operasi di kawasan mewah Pulau Victoria Lagos.

Sekurang-kurangnya 192 daripada suspek adalah warga asing dengan 148 daripadanya adalah warga China, kata agensi itu.

Berpuluh-puluh suspek warga China lain turut dibicarakan atas jenayah serupa.

Pakar jenayah siber beri amaran sindiket jenayah siber asing telah mendirikan markas di negara itu bagi mengeksploit sistem keselamatan siber yang lemah di Nigeria.- AFP

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN