fb fb fb fb fb

Ekonomi India berkembang pesat suku pertama 2025, KDNK melonjak 7.4%

NEW DELHI, 31 Mei - Rakyat India gembira selepas ekonomi negara Asia Selatan itu melonjak 7.4 peratus pada suku pertama tahun ini, berkembang jauh lebih pantas daripada ramalan.

Pertumbuhan dipacu oleh sektor pembinaan dan pembuatan, disebalik ketidaktentuan berhubung tarif Amerika Syarikat.

Pakar ekonomi berpendapat angka terbaru bakal menjadikan India sekali lagi sebagai salah satu ekonomi utama paling pesat berkembang di dunia.

Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar , KDNK India adalah yang terpantas sejak Januari-Mac 2024.

Negara Asia Selatan itu mengatasi ekonomi besar lain termasuk China, yang berkembang 5.4 peratus dalam tempoh sama.

Bank Rizab India menjangkakan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.5% pada tahun fiskal bermula 1 April.

Ia menambah terdapat potensi untuk India menjadi ekonomi ketiga terbesar di dunia di belakang Amerika Syarikat, China dan Jerman. - Reuters

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN