fb fb fb fb fb

Penipuan dalam talian guna nama, imej Perdana Menteri Singapura

(FOTO HIASAN)

SINGAPURA, 23 Julai - Iklan palsu menggunakan nama dan imej, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsieon Loong bagi mempromosi penipuan kripto dan lain-lain penipuan dalam talian dilihat semakin berleluasa.

Sehubungan itu, Hsieon Loong memberi peringatan agar orang ramai tidak terpedaya jika ada permintaan daripadanya, berikutan beliau antara mangsa pemalsuan identiti.

Beliau berkata, banyak iklan palsu dikesan menggunakan imejnya untuk mempromosikan penipuan kripto di internet.

"Iklan sedemikian sering muncul selepas ucapan dan pengumuman besar dibuat dengan menerima banyak liputan media," kata Hsieon Loong menerusi Twitter rasminya.

(Tangkap layar Twitter Lee Hsieon Loong)

Hsieon Loong yang turut berkongsi tangkapan layar laporan CNA palsu bertajuk "SPECIAL REPORT: Lee Hsien Loong's latest investment has the Government and big banks terrified" turut meminta orang ramai untuk tidak bertindak balas terhadap penipuan dan berita palsu berkenaan.

"Mereka yang telah ditipu boleh membuat laporan polis dalam talian," kata Hsieon Loong.

Kes penipunan dengan menggunakan identiti Perdana Menteri Singapura itu bukanlah kali pertama dilakukan.

Dalam satu kes, penipu mencipta e-mel seolah-olah dari Pejabat Perdana Menteri dengan kandungan berterima kasih kepada penerima atas sumbangan mereka kepada Singapura.

Selain membuat artikel bahawa Hsien Loong menyokong program perdagangan automatik mata wang kripto, penipu juga menyasarkan Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong dan Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung dan secara palsu mengaitkan mereka dengan produk dalam talian.

Media Baharu