ISLAMABAD, 10 Julai -Polis Pakistan menahan 149 orang termasuk 71 warga asing, kebanyakannya warga China dalam serbuan di pusat panggilan penipuan di sini pada khamis.
Menurut Agensi Siasatan Jenayah Siber Kebangsaan Pakistan menerusi satu kenyataan, mereka yang ditahan disyaki terlibat dalam skim Ponzi dan penipuan pelaburan.
“Semasa serbuan itu, sebuah pusat panggilan besar ditemui, melalui rangkaian penipuan ini, orang ramai ditipu dan sejumlah besar wang dikumpul secara haram," menurut kenyataan itu.
Agensi tersebut memberitahu mereka bertindak berdasarkan maklumat mengenai rangkaian itu, yang beroperasi di bandar Faisalabad, sebuah pusat pembuatan di timur negara itu.
Kesemua yang ditahan termasuk 78 warga Pakistan dan 48 warga China, serta warga Nigeria, Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Zimbabwe dan Myanmar, dengan 18 daripada 149 yang mereka adalah wanita.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa diperdaya untuk terlibat dalam pelaburan kecil yang mendatangkan keuntugan besar melalui platform Tik Tok, YouTube dan Telegram. -AFP