fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Hawaii, Ketua Agensi Kecemasan Maui, letak jawatan

(Foto AFP)

LOS ANGELES, 18 Ogos- Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Maui, Herman Andaya yang mendapat kecaman kerana siren tidak dibunyikan ketika kebakaran hutan melanda bandar Lahaina, Hawaii, meletak jawatan serta merta.

Perletakan jawatan itu disahkan dan diterima Datuk Bandar Maui County, Richard Bissen.

"Hari ini Datuk Bandar Richard Bissen menerima peletakan jawatan Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Maui (MEMA) Herman Andaya," kata kenyataan Maui County.

"Sebab kesihatan, Andaya mengemukakan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Rabu lalu, Andaya memberitahu dalam sidang media dia tidak menyesali keputusan untuk tidak mengaktifkan rangkaian siren di seluruh pulau itu, ketika berlakunya kebakaran hutan tersebut.

Keputusan tersebut serta kesilapan lain yang dilakukakan sebelum, semasa dan selepas bencana, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 111 orang terkorban, telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan mangsa yang terselamat, yang mengatakan lebih banyak nyawa boleh diselamatkan.

"Memandangkan beratnya krisis yang kami hadapi, saya dan pasukan saya akan mencari pengganti untuk jawatan penting ini secepat mungkin dan saya berharap untuk membuat pengumuman itu tidak lama lagi," kata Bissen.-AFP


(Foto AFP)

Media Baharu