fb fb fb fb fb

Pengumuman kaji semula gaji, tingkatkan semangat pekerja

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 1 Mei- Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menilai dan mengkaji semula gaji penjawat awam yang disifatkan masih tidak memuaskan ketika ini, diterima baik semua pihak.

Ini termasuk menyelesaikan isu pelaksanaan gaji minimum untuk semua sektor tanpa mengira wilayah.

Pekerja sektor awam, Amir Hamzah Yakat Ali berkata jaminan itu memberi semangat dan pengiktirafan kepada mereka.

"Jadi dengan adanya pengumuman yang dibuat PM secara tidak langsung menaikkan semangat kepada semua ahli kesatuan sekerja terutamanya dalam sektor awam.

"Kami masih bersabar dan kita tahu keseimbangan kemampuan kerajaan pada waktu ini amat terbatas. Kalau boleh dipercepatlah apa yang boleh disampaikan kepada kami sebagai kakitangan awam," tambah beliau.

Pandangan itu turut dikongsi eorang lagi kakitangan awam, S. Parameswaran.

"Kita tahu keadaan negara ni ekonomi kurang baik. Saya rasa ini juga satu galakan yang baik kepada pekerja untuk memberi upah yang lebih tinggi. Keadaaan sekarang untuk barang rumah, kita sendiri pun dah terasa untuk anak-kanak pendidikan upah ni perlu ditambah," katanya.

Bagi pekerja swasta, Fikri Abd Rahman, perlu ada integrasi dari sudut sektor awam dan swasta demi memantapkan pembangunan ekonomi negara.

"Kadar upah memang kami amat berbesar hati dengan ucapan PM. Kami tak sabar menunggu berita baik daripada kerajaan," ujarnya.

                                                                               

Media Baharu