fb fb fb fb fb

Pengembara AS berjaya di bawa keluar, terperangkap lebih 1,000 meter dalam gua

(FOTO REUTERS)

MERSIN, 12 September - Selepas terperangkap lebih 1,000 meter di dalam gua selama lapan hari, pengembara Amerika Syarikat, Mark Dickey, 40 akhirnya berjaya dibawa keluar awal pagi tadi, kata persekutuan gua TUMAF, Turkiye.

Dickey yang sedang dalam misi penerokaan antarabangsa di gua Morca di pergunungan Taurus wilayah Mersin dilaporkan mengalami pendarahan gastrousus pada kedalaman 1,040 meter.

(FOTO REUTERS)

"Dickey telah dikeluarkan dari pintu keluar terakhir gua. Oleh itu, bahagian menyelamat gua dalam operasi ini telah berakhir dengan jayanya. Kami mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menyumbang," tulis TUMAF di platform media sosial X.

Penyelamat Itali berkata Dickey telah dibawa ke khemah perubatan untuk pemeriksaan.

Lebih 150 penyelamat dari Turkiye, Croatia, Itali dan negara lain bekerja selama sembilan hari untuk menyelamatkannya dari gua ketiga terdalam di negara itu.-REUTERS

Media Baharu