fb fb fb fb fb

Pengebumian Ismail Haniyeh berlangsung di Tehran

Ismail Haniyeh

TEHRAN, 1 Ogos - Pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh oleh rejim Zionis berlangsung di Tehran pada Khamis, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Seyyed Ali Khamenei akan memimpin solat jenazah.

Pejabat Pemimpin Tertinggi itu mengumumkan bahawa solat jenazah akan diadakan di perkarangan Universiti Tehran sebelum menuju Dataran Azadi.

Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya dibunuh dalam serangan udara yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Iran mengisytiharkan tiga hari berkabung.

"Rejim Zionis akan berdepan hukuman yang keras atas tindakan ini dan kami menganggap adalah kewajipan kami untuk membalas dendam kerana beliau syahid di wilayah Iran," kata Khamenei dalam satu kenyataan. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF