GAZA, 1 Ogos- Beberapa orang terbunuh dan cedera dalam serangan berterusan Israel yang menyasarkan kediaman di kem pelarian Nuseirat, di tengah Gaza, hari ini.
Kesemua mangsa termasuk kanak-kanak dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah, tengah Gaza.
Israel yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan terhadap Gaza sejak konflik Israel-Hamas, 7 Oktober lalu.
Sekurang-kurangnya 39,445 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,000 lagi cedera, menurut pihak berkuasa tempatan.
Hampir 10 bulan konflik berkenaan, serangan itu juga menyebabkan Gaza mengalami kemusnahan teruk dengan Israel mengenakan sekatan terhadap makanan, air bersih dan ubat-ubatan. - REUTERS