fb fb fb fb fb

Banjir kilat di India, jambatan pejalan kaki runtuh

Foto REUTERS

HIMACHAL PRADESH, 1 Ogos- Banjir kilat akibat hujan berterusan menyebabkan jambatan pejalan kaki runtuh di daerah Kullu di Himachal Pradesh, India.

Video tular menunjukkan banjir kilat menghayutkan saki-baki jambatan, bangsal dan kedai selepas cuaca buruk melanda kebanyakan kawasan di Himachal Pradesh.

Timbalan Pesuruhjaya Kullu, Torul Raveesh berkata pasukan penyelamat telah dihantar untuk membantu mereka yang terjejas di kawasan itu.

"Orang ramai dinasihat supaya mengelak daripada menggunakan laluan sungai berhampiran Nallah.

"Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 50 lagi hilang akibat keadaan cuaca yang tidak menentu di rantau itu," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, pejabat meteorologi tempatan telah mengeluarkan amaran 'jingga' untuk hujan lebat, ribut petir dan kilat di tujuh daerah negeri itu yang bermula semalam sehingga ke hari ini. - REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM