fb fb fb fb fb

Bas bertembung kereta api, enam kanak-kanak maut

Foto Hiasan

AFRIKA SELATAN, 1 Ogos- Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terkorban manakala 19 yang lain mengalami kecederaan selepas sebuah bas sekolah bertembung dengan kereta api di Afrika Selatan, semalam.

Kerajaan Afrika Selatan berkata kemalangan berlaku berhampiran perkampungan Mafube, berdekatan bandar Middelburg.

"Pelajar keenam meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di hospital berhampiran.

"Kita tidak boleh kehilangan nyawa orang muda di atas kecuaian orang lain. Mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.

Nahas berlaku apabila bas sekolah yang membawa 30 orang pelajar dilanggar kereta api ketika sedang menggunakan landasan tersebut.

Pemandu bas dan pemandu kereta api juga sedang dirawat di hospital. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM