fb fb fb fb fb

Pengamal media turun ke jalanan, tuntut henti keganasan terhadap mereka

(FOTO AFP)

MEXICO, 24 Ogos - Pengamal media di Mexico turun ke jalanan mengadakan demonstrasi menuntut menamatkan keganasan yang menyebabkan 18 pekerja media maut pada tahun ini.

Terbaharu, seorang kolumnis Fredid "Fredy" Roman ditembak mati di dalam kereta pada Isnin.

Roman dilaporkan diserang lelaki bersenjata menggunakan motosikal dalam kejadian pada tengah hari.

(FOTO AFP)

Mangsa maut selepas menerbitkan kolum mendakwa penglibatan ahli politik tempatan berhubung kehilangan 43 pelajar pada 2014.

Pada bulan ini sahaja sekurang-kurangnya 3 wartawan di bunuh.

Satu pertubuhan mengenai kebebasan media berkata mereka akan melihat adakah kematian Roman ada kaitan dengan kerjanya.

Keganasan terhadap pengamal media melonjak sejak Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mengambil alih pimpinan pada 2018.-AFP

Media Baharu