fb fb fb fb fb

Penembak kait Abe dengan kumpulan agama, rancang serangan sejak berbulan

(Anggota polis menahan suspek, Tetsuya Yamagami (kanan) selepas melepaskan dua das tembakan
dari jarak kira-kira 10 meter menggunakan pistol buatan sendiri/REUTERS)

NARA, Jepun, 10 Julai- Lelaki yang membunuh Shinzo Abe percaya bekas pemimpin Jepun itu dikaitkan dengan kumpulan agama yang dipersalahkannya atas masalah kewangan dihadapi ibunya.

Lelaki berkenaan dipercayai menghabiskan masa berbulan-bulan merancang serangan itu dengan pistol buatan sendiri, polis memberitahu media tempatan pada Sabtu.

Tetsuya Yamagami, seorang penganggur berusia 41 tahun, dikenal pasti sebagai suspek penembak Abe selepas seorang lelaki itu dilihat dalam video berulang kali ditayangkan di televisyen Jepun dengan tenang mendekati bekas perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat berkenaan dari belakang sebelum melepaskan tembakan.

Berkaca mata dan berambut lebat, suspek dilihat melangkah dari arah belakang Abe, yang sedang berucap dlam kempen pilihan raya melepaskan dua das tembakan dari senjata sepanjang 40 cm (16 inci) yang dibalut dengan pita hitam. Dia ditahan polis di tempat kejadian.

"Ibu saya telah terlibat dalam kumpulan agama dan saya membencinya," Kyodo dan media tempatan lain memetiknya sebagai memberitahu polis.

Polis Nara enggan mengulas mengenai butiran yang dilaporkan oleh media Jepun mengenai motif tindakan nekad Yamagami.

Media belum menamakan kumpulan agama yang dilaporkan menjadi punca suspek berkenaan kecewa.

(Pegawai keselamatan menangkap seorang lelaki yang disyaki menembak
bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe/REUTERS)

Juri Yamagami menghasilkan senjata itu daripada alat ganti yang dibeli dalam talian, menghabiskan berbulan-bulan merancang serangan, malah menghadiri acara kempen Abe yang lain, termasuk satu sehari lebih awal kira-kira 200 km (batu) jauhnya, kata media.

Yamagami adalah seorang penyendiri yang tidak menjawab apabila bercakap, kata jiran kepada Reuters. Dia percaya Abe telah mempromosikan kumpulan agama yang didermakan oleh ibunya, kata agensi berita Kyodo, memetik sumber penyiasatan. -REUTERS

Berita berkaitan
Shinzo Abe dikhuatiri maut selepas ditembak ketika berucap
Abe disahkan meninggal dunia, PM Ismail Sabri ucap takziah

 

 

Media Baharu