fb fb fb fb fb

Presiden Sri Lanka letak jawatan Rabu depan

(Penunjuk perasaan menceroboh masuk ke dalam Sekretariat Presiden selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa
dikatakan melarikan diri, di tengah-tengah krisis ekonomi negara, di Colombo, Sri Lanka 9 Julai 2022/REUTERS)

COLOMBO, 10 Julai- Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa akan melepaskan jawatannya pada Rabu, 13 Julai akan datang.

Ia dimaklumkan speaker parlimen Mahinda Yapa melalui satu sidang video ketika demonstrasi anti kerajaan semakin tidak terkawal.

Semalam, penunjuk perasaan memecah masuk kediaman rasmi presiden menyebabkan Rajapaksa terpaksa melarikan diri diiringi pegawai pertahanan tertinggi ke tempat selamat.

Meski perintah berkurung diisytiharkan bagi mengekang perhimpunan besar-besaran, ia tidak mematahkan semangat rakyat negara itu untuk turun ke jalan menuntut perletakan jawatan beliau.

Sri Lanka, yang diisytiharkan muflis, kini berdepan ketidaktentuan politik serta tekanan ekonomi akibat salah tadbir urus dan kegagalan membayar balik hutang luar berjumlah AS$51 bilion. -REUTERS

(Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan
berhampiran kediaman Presiden semasa protes menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa,
di tengah-tengah krisis ekonomi negara, di Colombo, Sri Lanka, 8 Julai 2022/REUTERS)

 

 

Media Baharu