AMERIKA SYARIKAT, 12 Julai - Penduduk dan pemilik perniagaan Vermont kini dalam proses menilai kerosakan harta benda selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat dan tanah runtuh, Ahad lalu.
Pegawai Vermont menyifatkan banjir itu paling teruk sejak Taufan Irene melanda negara itu pada 2011 yang mengorbankan tujuh nyawa.
Jalan dan premis perniagaan turut ditenggelami air dan penduduk terkejut air naik dengan cepat.
Hujan lebat dan banjir kilat di Amerika Syarikat menenggelamkan beberapa lebuh raya dan meragut satu nyawa di New York.
Sebahagian daripada New York, New Jersey, Connecticut, Pennsylvania, Massachusetts dan Vermont berada bawah amaran banjir dengan merekodkan hujan lebat dan banjir kilat yang membawa ancaman maut, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).
Hujan lebat New York pada Ahad menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui, memaksa Gabenor Kathy Hochul mengisytiharkan darurat di dua daerah. - RUETERS
(FOTO REUTERS)