TOKYO, 23 Julai – Penduduk Tokyo menyatakan kegembiraan mereka susulan pengumuman Amerika Syarikat yang menurunkan kadar tarif ke atas barangan Jepun daripada 25 peratus kepada 15 peratus, hasil rundingan perdagangan antara kedua-dua negara.
Seorang pelabur saham yang ditemui meluahkan rasa gembira dengan berita itu kerana saham syarikat pengeluar kereta melonjak naik.
Pengumuman itu mencetuskan lonjakan ketara di pasaran saham Jepun, dengan indeks penanda aras Nikkei meningkat sebanyak 2.6 peratus — tertinggi dalam tempoh setahun.
Saham syarikat automotif mencatatkan kenaikan paling ketara, dengan Toyota melonjak lebih 11 peratus, manakala Honda dan Nissan masing-masing meningkat lebih 8 peratus.
Jumlah perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat dan Jepun mencecah hampir AS$230 bilion pada tahun 2024, dengan Jepun mencatat lebihan dagangan kira-kira AS$70 bilion.
Jepun kini merupakan rakan dagangan kelima terbesar Amerika Syarikat dalam barangan, menurut data Biro Banci AS.- REUTERS