fb fb fb fb fb

Juruterbang Tentera Udara Bangladesh diberi penghormatan ketenteraan

Leftenan Penerbangan Towkir Islam diberi penghormatan terakhir di Kurmitola dan dihadiri pegawai kanan tentera serta wakil kerajaan/ REUTERS

DHAKA, 23 Julai – Jenazah juruterbang pesawat Tentera Udara Bangladesh Leftenan Penerbangan Towkir Islam yang terkorban dalam insiden kemalangan pesawat yang sedang menjalankan misi latihan terhempas di sini, diberi penghormatan terakhir.

Jenazah juruterbang kemudiannya diterbangkan ke kampung halamannya di Rajshahi untuk dikebumikan.

Perbarisan penghormatan itu berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Bangladesh Bashar di Kurmitola dan dihadiri pegawai kanan tentera serta wakil kerajaan.

Menurut kenyataan rasmi daripada media ketenteraan, Towkir telah berusaha sedaya upaya mengemudi jet tersebut menjauhi kawasan padat penduduk bagi mengelakkan bencana lebih besar, seperti yang dilaporkan media tempatan.

Dalam insiden tragis yang berlaku pada Isnin, pesawat F-7 BGI buatan China milik Tentera Udara Bangladesh itu terhempas di sekolah berkenaan ketika para pelajar – kebanyakannya berusia bawah 12 tahun – sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

Letupan dan kebakaran yang tercetus menyebabkan ramai pelajar terperangkap dalam runtuhan dan api - mengorbankan 31 nyawa – termasuk sekurang-kurangnya 25 kanak-kanak.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI