fb fb fb fb fb

Penduduk Gaza terus menderita walau gencatan senjata berkuat kuasa

Dua wanita pelarian Palestin duduk di kawasan runtuhan bangunan sambil menjerang air / REUTERS

GAZA, 15 Oktober -Beberapa hari selepas gencatan senjata diumumkan, penduduk Gaza masih berdepan penderitaan tanpa bekalan asas.

Mereka hilang tempat tinggal, kekurangan makanan, air dan kini bimbang musim sejuk semakin hampir.

“Kami tiada kerja, tiada makanan, tiada minuman, tiada rumah. Demi Allah, saya tiada selimut, tiada apa-apa.

Rumah saya musnah, dan sekarang kami menderita. Di mana kami mahu tinggal? Ke mana kami mahu pergi?” kata Umm al-Abed al-Fioumi, seorang penduduk yang kehilangan rumah.

Beliau berkata, lebih 30 ahli keluarganya kini tinggal di khemah sementara berhampiran runtuhan bangunan.

Umm al Abed al Fioumi newUmm al-Abed al-Fioumi

Seorang lagi penduduk, Moemen Hassanein, memberitahu, keadaan mereka amat tragis.

“Kami pulang ke kawasan Al-Tuffah, tapi tiada rumah langsung. Kami bangun pagi, hanya cari seteguk air.

Hendak makan pun tiada duit, tiada kerja. Mereka kata tentera berundur, tapi itu semua bohong. Bila keluar cari barang, kami ditembak,” ujarnya.

Moemen HassaneinMoemen Hassanein

Bagi Alaa Saadallah, cabarannya ialah tiada bekalan asas sama sekali.

“Tiada air, tiada elektrik, tiada keperluan hidup. Saya balik rumah, tapi tidak tahu di mana mahu tinggal. Hanya berserah kepada Allah,” katanya.

Alaa SaadallahAlaa Saadallah

Sementara itu, laporan media tempatan menyebut, lintasan Rafah ke Mesir dibuka semula hari ini dengan kelulusan keselamatan Israel.

Sebanyak 600 lori bantuan makanan, perubatan dan peralatan untuk membaiki infrastruktur akan dibenarkan masuk.

Israel sebelum ini mengugut menutup lintasan itu jika Hamas gagal menyerahkan mayat tebusan.

Beberapa jam kemudian, Hamas menyerahkan empat keranda melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN