fb fb fb fb fb

Penduduk Gaza cuba dapatkan bantuan selepas sekatan

Penduduk di barat Rafah membawa bekalan bantuan makanan dan ubat-ubatan/ AFP

RAFAH, 28 Mei- Ribuan penduduk Palestin berpusu-pusu ke sebuah pusat agihan bantuan baharu di selatan Gaza untuk mendapatkan makanan dan ubat-ubatan kritikal.

Keadaan di pusat bantuan berkenaan sesak berikutan ramai penduduk yang cuba untuk mendapatkan bekalan bantuan kerana sekatan penuh rejim Zionis ke atas wilayah itu.

Bagaimanapun Pertubuhan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) memaklumkan operasi agihan kembali seperti biasa.

Seorang penduduk Gaza yang dipindahkan, Ayman Abu Zaid berkata, dia sendiri sedang beratur di pusat agihan itu.

"Tiba-tiba sejumlah besar orang mula tolak-menolak dan masuk secara tidak terkawal. Ia berlaku kerana bantuan yang tidak mencukupi dan kelewatan dalam pengagihan, jadi mereka cuba masuk untuk mengambil apa sahaja yang mereka mampu," katanya.

GHF dalam satu kenyataan memaklumkan proses pemberian bantuan dihentikan seketika bagi mengelakkan kejadian tidak diingini di lokasi tersebut.

"Operasi biasa telah disambung semula," tambah kenyataan itu.

Orang ramai dilihat membawa bekalan bantuan yang diperoleh termasuk kotak yang dilabel 'GHF'.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI