fb fb fb fb fb

Penduduk awam Gaza perlu bergerak ke selatan, usaha bantuan akan diperluas - Tentera Israel

Foto AFP

BAITULMAQDIS, 29 Oktober - Tentera Israel pada Ahad memberitahu penduduk awam di Gaza untuk berpindah ke selatan wilayah yang dikepung, di mana bantuan kemanusiaan akan diperluas.

"Orang awam di utara Gaza dan Bandar Gaza harus bergerak sementara ke selatan Wadi Gaza ke kawasan yang lebih selamat di mana mereka boleh menerima air, makanan dan ubat-ubatan," kata jurucakap IDF, Daniel Hagari menerusi kenyataan pada Sabtu.

“Esok, usaha kemanusiaan ke Gaza yang diketuai Mesir dan Amerika Syarikat akan diperluaskan,” tambahnya.

Walaupun video itu disiarkan di X pada awal pagi Ahad, seorang lagi jurucakap IDF memberitahu AFP bahawa video itu telah dirakam pada Sabtu dan mengesahkan mengenai perluasan usaha kemanusiaan tersebut.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN