(Constanza Vieyto (kiri) dan Ricardo Astrada (dua kiri ), bergambar bersama pemenang kategori Pista Tango Style
Penari Argentina Cynthia Palacios (dua kanan) dan Sebastian Bolivar semasa final Kejohanan Tango Dunia/AFP)
BUENOS AIRES, 18 September - Dua pasangan penari Argentina dinobatkan sebagai pemenang kejohanan tango dunia.
Dalam kategori pentas yang menampilkan aksi akrobatik menakjubkan, Constanza Vieyto dan Ricardo Astrada dari bandar Pergamino menewaskan 19 pasangan lain untuk muncul juara.
Sementara itu empat puluh pasangan bersaing merebut gelaran dalam kategori tradisional atau "salon", tarian tango yang berasal daripada Buenos Aires.
Gelaran juara menjadi milik pasangan Cynthia Palacios dan Sebastian Bolivar dari bandar Cipolletti.
Lebih 20,000 orang hadir menyaksian pertunjukan muzik dan tarian, kata penganjur, dengan pusingan akhir pertandingan diadakan di pentas di hadapan Obelisk Buenos Aires yang bersejarah.
Kejohanan dunia yang berlangsung dari 6 hingga 18 September itu melibatkan 560 pasangan dari 30 negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Rusia, Jepun dan Filipina.-AFP
(Pemain Argentina Ricardo Astrada (kiri) dan Constanza Vieyto membuat persembahan
semasa final kejohanan tango dunia di Buenos Aires Luis/AFP)