fb fb fb fb fb

Pemulihan pascakebakaran LA, perlu puluhan bilion dolar - Biden

Pemandangan udara: Lebih 12,000 struktur rumah musnah, dan 35,000 ekar terbakar di sepanjang Pacific Coast Highway/Foto AFP

WASHINGTON, 13 Januari – Kos pemulihan selepas kebakaran yang memusnahkan beberapa kawasan kejiranan di Los Angeles minggu lalu dijangka mencecah puluhan bilion dolar, menurut Presiden AS, Joe Biden.

Biden mengumumkan anggaran kos pemulihan itu dalam satu taklimat bersama pegawai kecemasan hari ini.

"Kos pemulihan ini akan memerlukan puluhan bilion dolar untuk memulihkan Los Angeles seperti mana keadaan asalnya," kata Biden, yang bakal menamatkan tempoh jawatannya.

Biden berdepan cabaran ketika bandar terbesar California itu bersiap sedia menghadapi angin kencang yang berpotensi menyemarakkan lagi api ke kawasan lain.

Kebakaran besar itu setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, selain memaksa ribuan penduduk berpindah. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN