fb fb fb fb fb

Pemimpin EU sambut baik sekatan baharu AS terhadap Rusia menjelang sidang kemuncak

Foto REUTERS

BRUSSELS, 23 Oktober – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) daripada kumpulan Renew Europe menyatakan kepuasan selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas syarikat minyak utama Rusia, serta mendakwa Moscow tidak komited untuk menamatkan peperangan di Ukraine.

Pada masa sama, negara-negara EU secara rasmi meluluskan pakej sekatan ke-19 terhadap Rusia berhubung peperangan di Ukraine, termasuk larangan terhadap import gas asli cecair (LNG) dari negara itu.

“Saya amat gembira kerana kita berjaya mencapai persetujuan mengenai pakej sekatan ke-19 ini, kerana kita perlu terus memberi tekanan kepada Rusia supaya kembali ke meja rundingan,” kata Pesuruhjaya Pembesaran EU, Martha Kos, ketika ditemui di luar mesyuarat kumpulan Renew menjelang sidang kemuncak EU di Brussels.

Kesemua 27 negara anggota EU telah meluluskan pakej berkenaan pada malam Rabu selepas Slovakia menarik semula halangannya. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN