TOKYO, 23 Oktober – Gunung Fuji di Jepun mencatatkan salji pertama bagi musim ini, iaitu 21 hari lewat daripada kebiasaan, menurut Balai Pemerhati Meteorologi Tempatan Kofu.
Menurut laporan Kyodo News, pihak balai pemerhati memaklumkan kehadiran awan dan udara sejuk di atas gunung sejak Rabu (22 Oktober) telah menyebabkan fenomena salji itu berlaku.
Walaupun turun lewat daripada purata tahunan, salji pertama tahun ini muncul 15 hari lebih awal berbanding tahun lalu, yang hanya direkodkan pada 7 November.
Tahun lalu, salji di Gunung Fuji turun lebih sebulan lewat daripada tahun sebelumnya, sekali gus mencatat rekod sebagai salji paling lewat dalam tempoh 130 tahun, menurut Agensi Meteorologi Jepun. -REUTERS