fb fb fb fb fb

Pemberontak Mali tuduh tentera, Wagner bunuh orang awam

FOTO HIASAN

DAKAR, 19 Mei- Kumpulan pemberontak Mali pada Sabtu menuduh tentera dan kumpulan separa tentera Rusia, Wagner membunuh 11 orang awam awal minggu ini.

Pihak berkuasa Mali tidak menjawab dakwaaan yang dikemukakan Permanent Strategic Framework for the Defence of the People of Azawad (CSP-DPA), sebuah pakatan kumpulan pemberontak bersenjata.

CSP-DPA berkata, kampung Tassik di wilayah Kidal utara diserang oleh pasukan rondaan tentera upahan kumpulan Wagner Rusia dan tentera Mali, yang melakukan pelanggaran hak serius terhadap penduduk.

Pakatan pemisah meletakkan angka kematian 11 orang awam, yang mayat mereka ditemui terbakar, dengan dua lagi orang awam dilaporkan hilang.

Ia menambah, pasukan rondaan turut menggeledah beberapa kedai dan kenderaan.

“CSP-DPA mengutuk sepenuhnya operasi pengganas yang diprogramkan dengan tujuan untuk melaksanakan pembersihan etnik di wilayah penduduk asli Azawad,” kata kenyataan itu.

Azawad adalah wilayah yang dituntut oleh pemisah di utara Mali.

Pertempuran antara kumpulan pemisah dan tentera kerajaan Mali tercetus Ogos lalu selepas lapan tahun tenang, ketika kedua-dua pihak berebut untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pengunduran pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (MINUSMA), yang diarah keluar oleh junta pemerintah di Bamako.

Serangan di utara Mali telah dicemari dengan banyak dakwaan brehubung kekasaran terhadap orang awam oleh tentera Mali diikuti sejak 2022, bersama sekutu Rusia mereka.

Kedua-dua pihak bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

Sejak merampas kuasa pada 2020, junta Mali telah memutuskan hubungan dengan Perancis dan beralih daripada segi politik dan ketenteraan ke arah Rusia.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE