NEW YORK, 29 Julai – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menegaskan tindakan Israel melakukan peluasan wilayah beransur-ansur di Tebing Barat adalah tidak sah, manakala pemusnahan menyeluruh di Semenanjung Gaza adalah tidak boleh diterima dan kedua-duanya perlu dihentikan segera.
“Jelas di sini, aneksasi beransur-ansur wilayah pendudukan Tebing Barat adalah tidak sah. Ia mesti dihentikan.
"Pemusnahan menyeluruh di Gaza adalah tidak boleh diterima. Ia juga mesti dihentikan,” katanya pada satu persidangan di PBB mengenai penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.
Beliau turut menegaskan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan penyelesaian dua negara secara kekal adalah tidak boleh diterima dan mesti dihentikan.-REUTERS