fb fb fb fb fb

Pelawak Singapura didakwa hina Malaysia

(Tangkap layar video TikTok @jocelynchiacomedy)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Pelawak Singapura, Jocelyn Chia menerima kecaman warga maya selepas rakaman video dalam program 'ComedyCellarUSA' tular apabila didakwa menghina Malaysia.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy, pelawak itu menjadikan pembangunan Malaysia dan rakyat negara ini sebagai bahan jenaka.

"Selepas 40 tahun kami (Singapura) sudah menjadi sebuah negara bertaraf dunia. Manakala kamu (Malaysia)...di mana kamu sekarang? masih sebuah negara yang sedang membangun," katanya dengan wajah sinis.

Beliau dalam jenakanya turut memperlekeh tragedi kehilangan MH370; selain merendahkan capaian internet di negara ini.

(Tangkap layar video TikTok @jocelynchiacomedy)

Sementara itu, rata-rata warganet menerusi ruangan komen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelawak berkenaan.

Selain mahu isu tersebut diambil tindakan kerana boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Video yang dimuat naik semalam itu telah menerima lebih 89,000 tontonan, setakat berita ini dikeluarkan.

Media Baharu