fb fb fb fb fb

Sukan SEA Kemboja: KBS jimat kos penyertaan lebih RM1 juta

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Sebanyak RM19.8 juta disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Program Podium melibatkan 34 jenis sukan pada tahun 2022 dan 2023.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu pihaknya juga berjaya menjimatkan kos penyertaan di Sukan SEA Kemboja lalu.

"KBS telah dapat menjimatkan kos penyertaan ke Sukan SEA pada kali ini sebanyak RM1.1 juta (RM1,166,220) berikutan pihak tuan rumah telah mengumumkan bahawa kos penyertaan kontinjen akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka.

"Penjimatan ini akan disalurkan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) bagi menampung perbelanjaan latihan atlet sepanjang tempoh persediaan ke Sukan SEA Kemboja," katanya ketika menjawab soalan dikemukakan wakil Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan di Dewan Rakyat di sini.

Tambahnya, peruntukan tersebut meliputi perbelanjaan pengurusan atlet berjumlah RM8.2 juta, pengurusan jurulatih sebanyak RM3 juta, pengurusan pusat latihan dan pengurusan prestasi masing masing sebanyak RM1.1 juta dan RM7.5 juta.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu