fb fb fb fb fb

Pelakon Hollywood mogok, dibantu bintang ternama

LOS ANGELES, 3 Ogos- Lebih 10 bintang ternama Hollywood yang berpendapatan tertinggi seperti George Clooney dan Meryl Streep, masing-masing telah menderma $1 juta atau lebih untuk menyokong mogok yang dilakukan oleh pelakon yang tidak bekerja, memasuki minggu keempat, kata yayasan kebajikan kesatuan mereka pada Rabu.

Satu lagi mogok dilakukan oleh penulis filem dan TV bermula pada Mei berikutan penggunaan teknologi kecerdasan buatan yang menjejaskan gaji dan pendapatan mereka. Ia telah menghentikan produksi filem dan televisyen Amerika Syarikat (AS).

"Mogok berterusan" di Hollywood dilakukan oleh penulis dan pelakon adalah yang pertama sejak 1960. Ia telah menyebabkan industri hiburan dan ekonomi California kerugian beberapa juta dolar setiap hari, serta merugikan pekerja kesatuan yang mogok gaji mereka.

Bagaimanapun selebriti dalam senarai yang kaya, seperti Clooney dan Streep kepada Matt Damon, Leonardo DiCaprio dan Dwayne "The Rock" Johnson, serta Nicole Kidman, Julia Roberts, Oprah Winfrey dan lain-lain, masing-masing telah menyumbang $1 juta atau lebih kepada Yayasan Screen Actors Guilt (SAG-AFTRA).

Yayasan itu telah mengumpulkan lebih daripada $15 juta dalam tempoh tiga minggu untuk membantu "ribuan pelakon" yang terjejas berikutan kesukaran ekonomi, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Courtney B., "industri hiburan sedang dalam krisis dan Yayasan SAG-AFTRA kini memproses lebih 30 kali ganda jumlah permohonan bagi bantuan kecemasan."

Program bantuan organisasi itu bertujuan untuk "memastikan penghibur yang memerlukan tidak kehilangan rumah mereka, mempunyai keupayaan untuk membayar utiliti, membeli makanan untuk keluarga mereka, menampung bil perubatan dan banyak lagi," kata Vance.

Walaupun beberapa pelakon dibayar tinggi, Presiden SAG-AFTRA Fran Drescher berkata, 86 peratus daripada 160,000 ahli kesatuan itu memperoleh kurang daripada $26,500 setahun, lapor The New York Times.

Tuntutan kesatuan sekerja telah memberi tumpuan kepada gaji yang lebih tinggi dalam era penstriman dan ia telah memberi kesan kepada kerjaya ahli dan mata pencarian mereka.

Walaupun kesatuan penulis bersedia untuk perbincangan pada Jumaat namun pelakon masih menemui kebuntuan dengan firma utama seperti Netflix dan Disney, yang diwakili oleh Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP).

"Kami tidak mendengar makluman daripada AMPTP sejak 12 Julai apabila mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak bersedia untuk meneruskan perbincangan," kata ketua perunding SAG-AFTRA Duncan Crabtree-Ireland.- AFP

(Fran Drescher bercakap pada perhimpunan SAG-AFTRA & WGA/AFP)

 

Media Baharu