fb fb fb fb fb

Pekerja kereta api Itali lancar mogok

ITALI, 15 April- Pekerja kereta api Itali melancarkan mogok di seluruh negara pada Jumaat sebagai protes terhadap keadaan kerja yang semakin teruk.

Mogok yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu dianjurkan oleh beberapa kesatuan pengangkutan.

Ia menyebabkan lebih 40 peratus kereta api ekspres jarak jauh dibatalkan, manakala lebih 65 peratus perjalanan dalam negeri telah digantung.

"Memandangkan keadaan kerja untuk kakitangan kereta api dan kontraktor pembersihan serta katering telah merosot, syif menjadi tidak terkawal.

Kami menuntut keadaan kerja dan peruntukan kakitangan yang lebih baik," kata penganjur mogok berkenaan.

(Paparan di skrin menunjukkan kebanyakan perjalanan
kereta api dibatalkan / Foto REUTERS)

Secara purata, lebih daripada 80 peratus pekerja di semua jabatan kumpulan kereta api negara Itali, Ferrovie dello Stato mengambil bahagian dalam mogok itu.-REUTERS

Media Baharu