fb fb fb fb fb

Empat maut, 13 cedera dalam kebakaran pusat perlindungan

PERNAMBUCO, 15 April- Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kebakaran di pusat perlindungan kanak-kanak dan remaja di timur laut Brazil pada Jumaat.

Jabatan bomba tempatan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima berhubung kebakaran pada pukul 4.20 pagi.

"Seorang lelaki dan seorang wanita maut di lokasi kebakaran, manakala dua lagi mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," menurut bomba.

(Keadaan pusat perlindungan yang terbakar pada Jumaat / Foto REUTERS)

Sementara itu, Datuk Bandar Recife Joao Campos mengucapkan takziah kepada mangsa terlibat.

"Saat ini menggambarkan suatu kesakitan dan perpaduan. Kumpulan itu telah menyediakan perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja dalam tempoh lebih 30 tahun.

Kami tetap digerakkan untuk memberikan sokongan penuh dalam masa yang sangat sukar ini," katanya di Twitter.-REUTERS

Media Baharu