fb fb fb fb fb

Jepun gesa perpaduan negara G7 hadapi konflik Rusia-Ukraine

SAPPORO, 15 April- Jepun menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan negara Kumpulan Tujuh (G7) untuk menghadapi pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Gesaan tersebut dibuat ketika menteri dari blok itu berkumpul sempena Mesyuarat Menteri Mengenai Iklim, Tenaga dan Alam Sekitar yang berlangsung di sini.

"Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah memberi kesan negatif yang ketara terhadap alam sekitar global dan isu tenaga yang sedang diusahakan.

Kerjasama dalam kalangan negara G7 penting dalam menerajui masyarakat antarabangsa," kata Menteri Alam Sekitar Jepun, Akihiro Nishimura menerusi ucapan perasmiannya.

(Mesyuarat Menteri Mengenai Iklim, Tenaga dan Alam Sekitar berlangsung pada
15 dan 16 April di Sapporo / Foto REUTERS)

Jepun perlu mengimport banyak tenaganya, daripada minyak kepada gas asli cecair (LNG).

Negara matahari terbit itu meletakkan peralihan tenaga bersih sebagai teras dasar dalam dan luar negaranya.

Jepun yang merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia, menyasarkan untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 menggunakan campuran bahan api seperti hidrogen, angin dan kuasa nuklear.-REUTERS

Media Baharu