ISLAMABAD, 17 Januari- Seorang peguam maut ditembak ketika berada di dalam mahkamah di bandar Peshawar barat laut Pakistan, semalam.
Abdul Latif Afridi, bekas presiden Persatuan Peguam Mahkamah Agung Pakistan, ditembak seorang lelaki ketika sedang duduk bersama peguam lain di Mahkamah Tinggi Peshawar.
Sebanyak enam das tembakan dilepaskan ke arah peguam berkenaan dan suspek ditahan di tempat kejadian.
Polis kini sedang menyiasat bagaimana tertuduh dapat masuk ke dalam mahkamah sambil membawa pistol walaupun dikawal ketat.
(Bekas presiden Persatuan Peguam Mahkamah Agung Pakistan, Abdul Latif Afridi
Foto Google)
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif melahirkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam atas tragedi itu.
Perdana menteri itu menegaskan bahawa kerajaan wilayah perlu mengambil langkah segera dalam menangani hal itu. -REUTERS