fb fb fb fb fb

Pegawai tinggi pengeluaran peluru berpandu Taiwan, ditemui meninggal dunia di bilik hotel

FOTO REUTERS

TAIPEI, 6 Ogos- Seorang pegawai tinggi yang terlibat dalam pengeluaran peluru berpandu Taiwan meninggal dunia akibat masalah jantung pada Sabtu.

Ouyang Li-hsing ialah naib presiden Institut Sains dan Teknologi Chung-Shan Kebangsaan dan telah mengembara ke selatan pulau itu untuk atas tuntutan tugasan, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya, institut itu mengesahkan Ouyang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Hengchun, Daerah Pingtung pada pagi Sabtu.

"Pemeriksaan forensik mendapati punca kematian adalah infarksi miokardium dan angina pectoris atau, kegagakan jantung," katanya.

Ouyang menyandang jawatannya awal tahun ini dan ditugaskan untuk menyelia "pengeluaran pelbagai jenis peluru berpandu", kata CNA.

Ketika ini, Beijing meneruskan latihan yang bertujuan untuk mempraktikkan sekatan dan pencerobohan muktamad ke atas pulau demokrasi itu selepas lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi menimbulkan kemarahan kerajaan China.

Beijing menerbangkan beberapa peluru berpandu terus ke atas pulau utama Taiwan dalam latihan itu, kata media kerajaan China pada Jumaat.

Tetapi Taipei enggan mengesahkan atau menafikan laluan penerbangan.

Kerajaan pulau itu cuba mempercepatkan pengeluaran peluru berpandunya sendiri dalam menghadapi ancaman ketenteraan yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh China.

Parti Komunis China yang memerintah melihat pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berjanji akan mengambilnya suatu hari nanti, secara paksa jika perlu.-AFP


(Sebuah jet tentera China terbang melintasi pulau Pingtan, salah satu titik paling dekat tanah besar
China dari Taiwan, di wilayah Fujian pada 5 Ogos 2022 / AFP)

Media Baharu