fb fb fb fb fb

11 maut, bas bawa pelancong terbabas di utara Croatia

ZAGREB, 6 Ogos- Sebelas orang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebuah bas dari Poland yang menuju ke Zagreb terbabas dari lebuh raya di utara Croatia, kata kementerian dalam negeri.

“Menurut maklumat awal, 11 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila bas yang didaftarkan di Poland melencong dari jalan raya,” kata kementerian Croatia dalam tweet, tanpa menyatakan kewarganegaraan mangsa.

"Kemalangan berlaku sekitar 5:40 pagi. Bas itu kelihatan menyimpang dan jatuh ke dalam parit di lebuh raya," kata jurucakap polis Marko Muric kepada AFP, sambil menambah bahawa mangsa adalah warga asing.

Nahas berlaku kira-kira 60 kilometer dari Zagreb.

Croatia telah menarik berjuta-juta pelancong pada musim panas tahun ini.

Pantai Adriatik antara lokasi tarikan utama pelancong Poland ke Croatia.

Kira-kira 580,000 pelancong Poland melawat Croatia antara Januari dan Julai tahun ini.

Pada 10 Julai lalu, pelancong dari Kosovo maut dalam kemalangan bas di lebuh raya di timur Croatia.


FOTO SUMBER TWITTER

 

Media Baharu