Filipina, 26 Julai - Operasi menyelamat dan pembersihan di kawasan pantai utara Filipina dilakukan selepas kawasan itu dilanda taufan Doksuri yang mengakibatkan ribut dan hujan lebat.
Kebanyakan tebing sungai dilimpahi air menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.
Doksuri menyerang penduduk pesisir pantai, termasuk perkampungan terpencil yang terletak di hutan tropika, dan menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.
Ribut itu merentasi hampir 900 km (560 batu) dan dijangka turut melanda ke arah ke arah Taiwan dan tanah besar China.
Pentadbiran Meteorologi China telah mengeluarkan amaran ribut ke peringkat kedua tertinggi dan hab pembuatan wilayah Guangdong memberi amaran ribut terburuk dalam tempoh sedekad. - REUTERS
(FOTO REUTERS)