fb fb fb fb fb

PBB gesa 'jeda kemanusiaan yang panjang' untuk Gaza

Foto PBB

NEW YORK, 16 November- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa 'jeda kemanusiaan yang panjang' dilaksana di seluruh Gaza.

Resolusi yang disediakan oleh Malta, mendapat 12 sokongan manakala tiga negara berkecuali iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.

Gesaan dibuat untuk menyegerakan koridor kemanusiaan selama beberapa hari bagi membolehkan bantuan sampai kepada orang awam.

Duta Malta, Vanessa Frazier berkata draf resolusi itu bertujuan untuk memberi harapan kepada nasib kanak-kanak yang terperangkap dalam medan perang dan mereka yang menjadi tebusan.

Sementara itu, Duta Besar Palestin, Riyad Mansour berkata Majlis Keselamatan PBB sepatutnya menggesa gencatan senjata sejak dahulu lagi.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM