fb fb fb fb fb

PBB gesa gencatan senjata , elak 'perang serantau besar-besaran'

Kemusnahan akibat serangan Israel di perkarangan Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah, tengah Gaza/ REUTERS

GENEVA, 15 Oktober- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan keperluan mendesak untuk memeterai gencatan senjata di Lubnan dan Gaza untuk mengelakkan konflik serantau yang lebih meluas dengan kesan ketara terhadap seluruh dunia.

"Gencatan senjata yang dimeterai melalui proses damai yang bermakna...adalah satu-satunya cara untuk menamatkan kitaran keganasan, kebencian, kesengsaraan ini," kata ketua agensi pelarian PBB, Filippo Grandi.

Bercakap pada permulaan mesyuarat jawatankuasa eksekutif tahunan agensi pelarian UNHCR di Geneva, beliau menyelar "pembohongan yang mengerikan pada jalan menuju keamanan melalui peperangan".

Hanya gencatan senjata boleh "membendung perang ini daripada merebak menjadi perang serantau yang besar dengan implikasi global", katanya.

Komen Grandi dikeluarkan di tengah-tengah peningkatan serangan Israel yang menyasarkan Hezbollah di Lubnan, di mana lebih 1,300 orang terbunuh dan sejuta kehilangan tempat tinggal sejak akhir September, menurut para pegawai di Lubnan.

Hezbollah mula menyerang utara Israel setahun lalu untuk menyokong Hamas berikutan serangannya terhadap Israel pada 7 Oktober yang mencetuskan perang dahsyat di Gaza.

Pertempuran hampir setiap hari mendorong berpuluh-puluh ribu orang berpindah di kedua-dua belah sempadan walaupun sebelum pertempuran bertambah sengit pada bulan lalu, apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan menghancurkan Hezbollah bagi membolehkan warga Israel dipindahkan ke tanah air mereka daripada serangan Hezbollah.

"Anda akan melihat imej-imej itu dan mendengar jumlahnya; beratus-ratus ribu orang yang berpindah di Lubnan, menggesa serangan udara Israel dihentikan.

"Sekali lagi, perbezaan yang dibuat antara orang awam dan pihak-pihak yang bertempur hampir menjadi tidak bermakna," kata Grandi.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI