fb fb fb fb fb

PBB anjur perbincangan terbuka, tangani krisis bank pusat Libya

Foto AFP

TUNIS, 3 September - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berseteru di Libya pada Isnin bagi membincangkan mengenai krisis bank pusat negara itu yang telah mengancam pendapatan minyak.

Misi Sokongan PBB di Libya menganjurkan dua perbincangan secara berasingan bagi dialog terbuka dan telus, katanya dalam satu kenyataan.

"Usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan" menyusul selepas beberapa siri kejadian yang didakwa oleh pemerintah yang menguasai timur Libya, sebagai cubaan daripada kerajaan disokong PBB di Tripoli untuk merampas kuasa kawalan bank pusat.

Tekanan mula memuncak sejak awal Ogos susulan kejadian sekumpulan individu mengepung bank itu bagi menuntut pengunduran gabernor bank Seddik al-Kabir.

Misi berkenaan merumuskan kedua-dua pihak telah mencapai persefahaman penting berhubung "langkah-langkah untuk mengatasi" krisis bank tersebut.

"Mereka bersetuju untuk menyerahkan draf perjanjian bagi semakan dan ditandatangani oleh Dewan masing-masing pada Selasa", katanya di platform X. - AFP.

Trainee2