fb fb fb fb fb

Paus pembunuh terakhir di Kanada telah mati

(Foto REUTERS)

ONTARIO, 11 Mac- Kiska, ikan paus pembunuh terakhir di Kanada, telah mati.

Kerajaan Ontario berkata ikan paus tersebut mati di Taman Tema MarineLand pada 9 Mac lalu.

"Ikan paus bernama Kiska itu ditangkap di perairan Iceland pada tahun 1979 dan berusia sekitar 47 tahun.

"Kesihatan Kiska merosot dalam beberapa hari ini," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Animal Justice yang memperjuangkan hak haiwan menggesa siasatan rawatan taman tema itu terhadap ikan paus tersebut.

MarineLand telah diperiksa sebanyak 160 kali sejak Januari 2020 oleh Perkhidmatan Kebajikan Haiwan.

Pemeriksaan tersebut dapat memastikan standard penjagaan taman itu dipenuhi di bawah undang-undang. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu