fb fb fb fb fb

Paus Francis disemadikan, lebih 400,000 orang hadir beri penghormatan terakhir

Foto AFP

ROME, 26 April- Paus Francis telah disemadikan dalam upacara pengebumian di Vatican yang dihadiri oleh ratusan ribu orang awam dan pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sekurang-kurangnya 400,000 orang hadir membanjiri Dataran St Peter dan memenuhi jalan-jalan di Rom untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin gereja Katolik yang berasal dari Argentina itu. 

Keranda Paus Francis diarak melalui tempat-tempat terkenal seperti Piazza Venezia dan Colosseum, sebelum dikebumikan di Balisika Santa Maria Maggiore.

Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Piantedosi, memaklumkan angka tersebut serta mengesahkan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Paus Francis.

"Kami menganggarkan tidak kurang daripada 400,000 orang, termasuk mereka yang hadir di Dataran St Peter dan mereka yang berada di sepanjang laluan," kata Piantedosi kepada program berita TG5.

Paus Francis dikenang sebagai pembela golongan miskin dan simbol kesederhanaan dalam kepimpinan gereja.

Upacara itu menandakan berakhirnya era seorang pemimpin gereja yang dikenang kerana kerendahan hati, suara keadilan sosial, dan cintanya kepada umat manusia tanpa mengira latar belakang.-AFP

ROSLINA BINTI DIN