fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza meningkat kepada 51,500 orang

Foto AFP

ANKARA, 26 April- Serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 56 lagi rakyat Palestin, menjadikan jumlah kematian akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 51,495 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan itu, kementerian memaklumkan seramai 108 lagi mangsa cedera telah dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan mencecah 117,524 orang dalam serangan berterusan Israel.

"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka," menurut kenyataan itu.

Tentera Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac, menyebabkan 2,111 orang terkorban dan 5,483 lagi cedera, walaupun gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan telah berkuat kuasa sejak Januari.- BERNAMA-ANADOLU

 

ROSLINA BINTI DIN