fb fb fb fb fb

Parti pembangkang Poland sedia bentuk kerajaan baharu

Pemimpin pembangkang Poland, Donald Tusk/FOTO AFP

WARSAW, 24 Oktober -Parti pembangkang Poland, Parti Liberal yang memenangi undi majoriti pada pilihanraya negara itu baru-baru ini dilaporkan telah bersedia bagi membentuk kerajaan baharu.

Dalam kenyataan pada Selasa, parti berkenaan turut menggesa agar Presiden negara itu, Andrzej Duda agar memberi mandat kepada parti berkenaan dalam pembentukan kerajaan baharu tersebut.

Calon Perdana Menteri yang juga ketua pembangkang, Donald Tusk berkata partinya sedia bekerjasama dengan Presiden Poland bagi mempercepatkan proses pembentukan kerajaan.

"Kami (Parti Liberal) berharap agar Presiden dapat membuat keputusan secepat mungkin, memandangkan rakyat Poland masih menantikan kerajaan yang baharu.

"Kami juga telah bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa", katanya.

Parti pemerintah,Parti Undang-undang dan Keadilan (PiS) yang memenangi pilihanraya pada 15 Oktober lalu dilihat gagal membentuk kerajaan baharu susulan kekurangan majoriti di Parlimen.

Keadaan tersebut menyebabkan Parti berkenaan mempunyai peluang yang tipis bagi membentuk gabungan.

Pada Selasa, Presiden Poland, Andrej Duda dilaporkan mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin parti PiS, bagi menentukan Perdana Menteri baharu sekali gus membentuk kerajaan.

Sementara itu beberapa parti pembangkang mendesak agar Duda mencalonkan Tusk sebagai Perdana Menteri.

"Kami bersama-sama membentuk majoriti bersama-sama dan kami berharap agar Presiden dapat memilih calon Perdana Menteri, Donald Tusk.

"Kami memberi jaminan kepada Presiden bahawa kami mempunyai majoriti bagi memilih Perdana Menteri dan melantik Speaker Dewan Rendah Parlimen Sejm dan Dewan Negara", kata Ketua Parti 'Third Way', Kosiniak-Kamysz kepada pemberita.

Parti Platform Sivik dan 'Third Way' berhasrat membentuk pakatan bersama-sama dengan Parti 'Left', bagi membolehkan gabungan berkenaan menguasai Parlimen Poland dengan 248 ahli daripada 460 kerusi Parlimen.

Pada kempen pilihanraya lalu, Tusk yang juga bekas Perdana Menteri negara itu berjanji bagi membina semula hubungan dengan Kesatuan Eropah, (EU) dan melepaskan dana yang dibekukan akibat kebuntuan undang-undang di Poland-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD