fb fb fb fb fb

Jepun salur bantuan kecemasan RM47.85 juta ke Gaza

Jepun salur bantuan kecemasan RM48.85 juta ke Gaza/FOTO WAFA

TOKYO, 25 Oktober - Jepun menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak AS$10 juta (RM47.85 juta) ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Bantuan itu sebahagian daripada bantuan kemanusiaan seperti makanan, air dan rawatan perubatan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Kira-kira 7 juta AS (RM33.49 juta) disalurkan untuk bantuan asas seperti makanan, air dan lain-lain.

Sementara itu, 3 juta AS (RM14.35 juta) melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bagi rawatan perubatan, kesihatan, perlindungan dan lain-lain.

TambahJepun akan terus memantau keadaan yang sedang berlaku dengan secara proaktif melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta bekerjasama dengan negara-negara lain dan organisasi antarabangsa dalam usaha ke arah mencapai cara untuk menghentikan keganasan di Gaza.

Di samping itu, Jepun akan terus mempertimbangkan bantuan tepat pada masanya berdasarkan keperluan di lapangan.

Angka kematian di Gaza akibat pengeboman berterusan Israel meningkat kepada 5,791 termasuk 2,360 kanak-kanak, dan 1,292 wanita setakat semalam.

GRACE AISYAH KEDAYAN