fb fb fb fb fb

Parlimen Britain dibubarkan hari ini, PRU 4 Julai

Foto hiasan

LONDON, 30 Mei- Parlimen Britain dibubarkan hari ini menjelang Pilihan Raya Umum pada 4 Julai yang dijangka menyaksikan Parti Buruh kembali berkuasa, selepas 14 tahun pemerintahan Parti Konservatif.

Tempoh berkempen lima minggu secara rasmi bermula apabila 650 kerusi ahli Parlimen (MP) kosong pada satu minit lewat tengah malam (2301 GMT) selaras dengan jadual pilihan raya.

Minggu pertama berkempen menyaksikan permulaan yang goyah berikutan pengumuman pilihan raya oleh Perdana Menteri Rishi Sunak yang dibasahi hujan. Ramai pemerhati menganggap situasi hujan lebat sebagai petanda buruk.

Sunak menetapkan pilihan raya pada 4 Julai dan tidak pada hujung tahun seperti yang dijangkakan.

Pemerhati berpandangan ia sebagai percubaan untuk mendapatkan semula momentum, selepas tinjauan pendapat menunjukkan sokongan terhadap partinya semakin merosot.

Selepas 14 tahun menjadi pembangkang, parti Buruh yang diterajui oleh Keir Starmer, bekas peguam hak asasi manusia, kini berpeluang untuk berkuasa semula.-AFP

ROSLINA BINTI DIN