fb fb fb fb fb

Panas melampau di Eropah

ROME, 19 Julai- Sebilangan besar Eropah berada dalam keadaan panas diikuti dengan kebakaran hutan dan amaran kesihatan.

Ketika ini sebahagian negara Asia dan Amerika Syarikat turut mengalami cuaca ekstrem.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di bahagian Greece dan Kepulauan Canary serta Sepanyol. Amaran haba telah dikeluarkan, manakala beberapa kanak-kanak di Sardinia Itali diberi amaran supaya tidak melakukan aktiviti di luar rumah atas faktor keselamatan.

Menurut pegawai cuaca, di Amerika Syarikat, bandar Phoenix mencatatkan suhu 43.3 darjah Celcius (°C) untuk 19 hari berturut-turut. Ia memecahkan rekod 49 tahun dengan suhu tertinggi di kawasan itu.

“Anda tidak boleh berada di jalanan, ia amat panas,” kata Lidia Rodriguez, 27, di Madrid.

Pihak berkuasa telah memberi amaran berikutan cuaca panas melampau kerana bimbang ia akan menjejaskan kesihatan. Orang ramai digalakkan untuk minum air selain berlindung daripada matahari.

Beberapa rekod suhu tempatan dipecahkan di selatan Perancis, kata perkhidmatan cuaca di sana.

Meteo France berkata rekod 29.5 °C telah dicatat di resort ski Alpine Alpe d'Huez, yang terletak pada ketinggian 1,860 meter, manakala suhu di kaki bukit Pyrenees mencatatkan 40.6 °C untuk pertama kalinya.

Agensi Meteorologi Dunia (WMO) PBB berkata trend gelombang haba "tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan".

“Keadaan ini akan berterusan dan dunia perlu bersedia untuk gelombang haba yang melanda,” John Nairn, Penasihat Kanan Haba Ekstrem di WMO memberitahu pemberita di Geneva.- AFP

(Pelancong di Sepanyol menggunakan payung bagi mengelakkan cuaca panas/AFP)

Media Baharu