fb fb fb fb fb

Pakistan dilanda banjir, jejaskan aktiviti harian penduduk

Foto REUTERS

LAHORE, 1 Ogos- Lahore mengalami cuaca ekstrem apabila bandar berkenaan dilanda hujan monsun yang tidak pernah berlaku di Pakistan sebelum ini.

Hujan lebat tersebut menyebabkan banjir yang menjejaskan beberapa jalan raya dan lebuh raya, sekali gus menyukarkan aktiviti harian penduduk.

Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) melaporkan bahawa bandar tersebut menerima 360 milimeter hujan hanya dalam tempoh tiga jam.

"Penduduk dinasihat berhati-hati dengan sebarang perubahan cuaca.

"Penduduk juga boleh mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi PMD," menurut kenyataan tersebut.

PMD turut mengeluarkan amaran kemungkinan hujan lebat dan ribut petir yang dijadualkan akan berterusan di seluruh negara itu sehingga 6 Ogos.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan berkata akan berusaha meningkatkan sistem pengurusan banjir bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM