NEW DELHI, 1 Mac- Umat Islam di Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan India akan mula berpuasa pada Ahad selepas pihak berkuasa agama mengumumkan anak bulan kelihatan pada Sabtu.
Jawatankuasa Penglihatan Bulan Kebangsaan Bangladesh di Masjid Negara Baitul Mukarram di Dhaka mengumumkan bahawa anak bulan telah kelihatan di ruang udara negara itu dan Ramadan bagi tahun Hijrah 1446 akan bermula pada 2 Mac.
Ulama Islam di bahagian yang berlainan di India membuat pengumuman serupa pada petang Sabtu.
Jawatankuasa Ruet-e-Hilal (melihat anak bulan) di Pakistan dan Masjidil Haram Colombo Sri Lanka berkata pada Jumaat bahawa anak bulan tidak kelihatan dan hari pertama Ramadan ialah Ahad.
Ramadan adalah bulan untuk refleksi spiritual, kebajikan dan ketakwaan bagi hampir dua bilion umat Islam di seluruh dunia yang menunaikan ibadah puasa, satu daripada lima Rukun Islam, dengan menahan diri daripada makan dan minum dari waktu fajar hingga senja.- BERNAMA