LONDON, 12 Julai – Orang ramai di London tidak melepaskan peluang menikmati cuaca panas luar biasa pada Sabtu dengan beriadah di sekitar tasik The Regent’s Park, utara London, apabila suhu mencecah 30 darjah Celsius, menurut laporan cuaca Pejabat Meteorologi UK.
Puluhan orang dilihat menyewa bot kayuh dan bot dayung kecil dengan mengelilingi tasik sambil menikmati cahaya matahari yang jarang dinikmati dalam iklim Britain yang kebiasaannya sederhana.
Selain itu, ramai juga mengambil kesempatan untuk berjemur di atas rumput yang kekeringan akibat cuaca panas, manakala sebahagian lagi memilih untuk berteduh di bawah pokok-pokok besar di taman bersejarah itu.
Susulan gelombang haba yang berterusan, Datuk Bandar London, Sadiq Khan, dalam kenyataan di platform media sosial X pada Jumaat, mengumumkan bahawa lebih banyak ruang sejuk dan pancuran air awam akan disediakan di seluruh bandar untuk membantu penduduk menangani cuaca panas yang semakin kerap berlaku. -REUTERS